Next Trip

Next Travel/Photographing Jawa Tengah 21 Apr -30 Apr 15
Next Mision : Semporna 9 May - 12 May 15
Next Trip to India : 25 Sept - 2 Oct 15

Monday 14 July 2014

Sabah Railway : Perkhidmatan Keretapi Penumpang 

Salam sejahtera, ada banyak perkara di negeri Sabah yang boleh kita bawa ketengah sebagai  tarikan untuk menambahkan pengalaman. Sabah mempunyai perkhidmatan keretapi nya yang tersendiri. Pertama kali saya menaiki keretapi ini ialah pada tahun 2000 ketika saya bertugas di negeri ini. Berbanding tahun2 kebelakangan, perkhidmatannya bertambah baik dengan penambahbaikan  yang masih dibangunkan oleh kerajaan negeri. Saya nak pamerkan gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Stesen Beaufort ke Stesen Tenom (pendalaman). Kita boleh mula menaiki keretapi dari stesyen Tanjung Aru di Kota Kinbalu, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit untuk sampai ke Pekan Beaufort. Tren akan bergerak seawal jam 0730 dan sampai dalam jam 1000. Pertukaran keretapi akan dilakukan disini. Jadual ke Tenom pada jam 1300. (Eluk bersiar-siar dahulu di Pekan Beaufort).

Perjalanan : Beaufort - Saliwangan - Halogilat - Rayoh - Pangie - Tenom (Sejauh 49 km, Tambang RM 3)

Pekan Beaufort, deretan bangunan lama yang masih ada  mengekalkan
 identiti pekan-pekan di negeri ini.

Tren yang membawa penumpang ke Tenom memasuki perhentian, biasanya ada dua atau tiga gerabak penumpang dan satu gerabak barang. Pengalaman yang sangat menarik, tiada tempat duduk yang empok dan pendingin udara disediakan, semuanya yang asli. Mungkin terbayang cerita dalam filem klasik.

Gerabak mula dipenuhi penumpang yang nak balik ke kampung masing-masing.

Bilamana gerabak penumpang penuh sesak, gerabak barang akan menjadi pilihan terbaik, berkumpul dalam satu keluarga atau sekampung.


Keadaan hujan yang terpaksa ditempuh oleh penumpang bila sampai ke tempat dituju. Tiada pilihan lain melainkan turun dengan basah kuyup.

Pertukaran keretapi di Stesen Halogilat, stesen pertengahan.

Selepas dari stesen Halogilat kita akan mendapati laluan keretapi seiring dengan Sungai Padas, pemandangan menjadi lebih cantik dengan ujudnya dua gabungan unsur ini.

 Sungai Padas menemani sepanjang laluan ke Tenom

Laluan yang sedang dibaiki bagi menjamin perkhidmatan dapat berjalan lancar dengan keselamatan penumpang diambil kira.

Sungai Padas bagi penggemar water rafting

Bahagian kokpit pemandu, landasan bagi laluan sebelah sini tidak berapa menyenangkan tetapi sangat menyeronokan dengan pemandu yang berpengalaman

Berhenti di stesen sambil menikmati pemandangan alam di pendalaman

Memunggah barang dan peralatan water rafting kembali ke tempat permulaan sebaik selesai misi menyusuri laluan yang disediakan.



 Melalui potongan bukit batu yang sempit dengan keadaan enjin yang bergoyang kekiri dan kekanan mengikut alunan rel

Satu-satunya terowong yang ada disepanjang perjalanan sebelum menghampiri Pekan Tenom

Tren akhirnya menghampiri Stesen Tenom, merupakan destinasi terakhir perjalanan, untuk menaiki keretapi ini kembali semula ke Beaufort adalah pada keesukan harinya jam 0700. Alternatif lain ialah dengan menaiki bas ekpress seawal pagi berikutnya kembali terus ke Kota Kinabalu. Bermalam di Pekan Tenom sambil menikmati kopinya mungkin menjadi kenangan yang baik disamping goreng pisang yang murah di kedai kopi berhadapan dengan stesen.

Pekan Tenom daerah pergunungan yang tenang, terdapat lokasi pelancungan yang boleh dikunjungi oleh pelancung yang bertandang di sini. Selamat mencuba perkhidmatan ini. Salam.


2 comments:

  1. Jauh perjalanan luas pengalaman. Satu perjalanan yang begitu menarik dan memberi seribu satu cerita yang tersendiri..

    ReplyDelete
  2. nice info....suka style - photojournalist...

    ReplyDelete