Next Trip

Next Travel/Photographing Jawa Tengah 21 Apr -30 Apr 15
Next Mision : Semporna 9 May - 12 May 15
Next Trip to India : 25 Sept - 2 Oct 15

Monday 14 July 2014

Sabah Railway : Perkhidmatan Keretapi Penumpang 

Salam sejahtera, ada banyak perkara di negeri Sabah yang boleh kita bawa ketengah sebagai  tarikan untuk menambahkan pengalaman. Sabah mempunyai perkhidmatan keretapi nya yang tersendiri. Pertama kali saya menaiki keretapi ini ialah pada tahun 2000 ketika saya bertugas di negeri ini. Berbanding tahun2 kebelakangan, perkhidmatannya bertambah baik dengan penambahbaikan  yang masih dibangunkan oleh kerajaan negeri. Saya nak pamerkan gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Stesen Beaufort ke Stesen Tenom (pendalaman). Kita boleh mula menaiki keretapi dari stesyen Tanjung Aru di Kota Kinbalu, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit untuk sampai ke Pekan Beaufort. Tren akan bergerak seawal jam 0730 dan sampai dalam jam 1000. Pertukaran keretapi akan dilakukan disini. Jadual ke Tenom pada jam 1300. (Eluk bersiar-siar dahulu di Pekan Beaufort).

Perjalanan : Beaufort - Saliwangan - Halogilat - Rayoh - Pangie - Tenom (Sejauh 49 km, Tambang RM 3)

Pekan Beaufort, deretan bangunan lama yang masih ada  mengekalkan
 identiti pekan-pekan di negeri ini.

Tren yang membawa penumpang ke Tenom memasuki perhentian, biasanya ada dua atau tiga gerabak penumpang dan satu gerabak barang. Pengalaman yang sangat menarik, tiada tempat duduk yang empok dan pendingin udara disediakan, semuanya yang asli. Mungkin terbayang cerita dalam filem klasik.

Gerabak mula dipenuhi penumpang yang nak balik ke kampung masing-masing.

Bilamana gerabak penumpang penuh sesak, gerabak barang akan menjadi pilihan terbaik, berkumpul dalam satu keluarga atau sekampung.


Keadaan hujan yang terpaksa ditempuh oleh penumpang bila sampai ke tempat dituju. Tiada pilihan lain melainkan turun dengan basah kuyup.

Pertukaran keretapi di Stesen Halogilat, stesen pertengahan.

Selepas dari stesen Halogilat kita akan mendapati laluan keretapi seiring dengan Sungai Padas, pemandangan menjadi lebih cantik dengan ujudnya dua gabungan unsur ini.

 Sungai Padas menemani sepanjang laluan ke Tenom

Laluan yang sedang dibaiki bagi menjamin perkhidmatan dapat berjalan lancar dengan keselamatan penumpang diambil kira.

Sungai Padas bagi penggemar water rafting

Bahagian kokpit pemandu, landasan bagi laluan sebelah sini tidak berapa menyenangkan tetapi sangat menyeronokan dengan pemandu yang berpengalaman

Berhenti di stesen sambil menikmati pemandangan alam di pendalaman

Memunggah barang dan peralatan water rafting kembali ke tempat permulaan sebaik selesai misi menyusuri laluan yang disediakan.



 Melalui potongan bukit batu yang sempit dengan keadaan enjin yang bergoyang kekiri dan kekanan mengikut alunan rel

Satu-satunya terowong yang ada disepanjang perjalanan sebelum menghampiri Pekan Tenom

Tren akhirnya menghampiri Stesen Tenom, merupakan destinasi terakhir perjalanan, untuk menaiki keretapi ini kembali semula ke Beaufort adalah pada keesukan harinya jam 0700. Alternatif lain ialah dengan menaiki bas ekpress seawal pagi berikutnya kembali terus ke Kota Kinabalu. Bermalam di Pekan Tenom sambil menikmati kopinya mungkin menjadi kenangan yang baik disamping goreng pisang yang murah di kedai kopi berhadapan dengan stesen.

Pekan Tenom daerah pergunungan yang tenang, terdapat lokasi pelancungan yang boleh dikunjungi oleh pelancung yang bertandang di sini. Selamat mencuba perkhidmatan ini. Salam.


Friday 11 July 2014

Trip Fotografi Di Gunung Rinjani (Photography Trip To Mt Rinjani) 20 - 26 Okt 13

As Salam dan selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh berkat. Ada banyak perjalanan fotografi (photography trip) yang telah saya lakukan sebelum ini. Hanya pada masa ini dapat saya juruskan dalam bentuk yang lebih baik. Catatan ini bertujuan memberikan pegetahuan kepada sesiapa juga yang berminat untuk mengembara samada dalam masa yang singkat atau pun berpanjangan. Adalah lebih baik kita berkongsi pandangan, pengalaman dan pengetahuan untuk menjadikan sesuatu itu lebih baik. Tabiat manusia yang lebih suka kepada melihat imej/photo, justeru dipamerkan imej/photo disamping caption untuk tujuan penerangan ringkas adalah lebih manfaat dan efektif.

Laluan menuju Gunung Rinjani, Taman Nasional melalui pintu masukTrek Sembalun

Untuk mendaki gunung ini memerlukan masa 3 hari menuju ke puncak, sekiranya anda seorang yang kuat, pendakian boleh dipendekan kepada dua hari, tetapi tidak digalakan, kerana tujuan kita ialah photography trip, kawan saya kata, hunting photo pak... oleh itu kita kena menggunakan semua masa yang ada dan tidak perlu terburu-buru. Bagi mereka yang tidak mahu memikul barang atau peralatan yang berat dan mahu menumpukan kepada penggambaran, khidmat porter disediakan dengan kadar bayaran yang berpatutan.

Khidmat Porter, Anak muda yang kuat dan bertenaga

Gunung Rinjani (Gunung Berapi) berada di tengah Pulau Lombok, menjadi kebangaan rakyat tempatan dan sesiapa juga yang pernah mendakinya. Bagi kawan saya namanya Ebenks, dia dah mendaki ratusan kali membawa pendaki dari pelbagai bangsa dan negara. 

Bermalam pada hari pertama pendakian di Kem 1 

Cuaca pada keseluruhan adalah sangat sejuk, eluk bawa jaket outdoor yang bersesuaian, glove dan head gear untuk menjamin suhu badan yang stabil, sejuk akan menyebabkan kita cepat letih dan sukar untuk bergerak. Semakin tinggi semakin sejuk dengan awan tebal yang sentiasa berarak di kawasan persekitaran. Soal makan, tak perlu bimbang, cukup sempurna dan disediakan secara bersopan.

Hari Kedua: Meneruskan pendakian melepasi 7 Bukit Penyesalan

7 Bukit Penyesalan, itu yang apa diperkatakan, sebenarnya tidak perlu bimbang, perlahan-lahan pun akan sampai, kerana ada cabaran yang lebih hebat pada fasa terakhir sebelum sampai di puncak Rinjani. Bagi yang dah berumur, mendaki ikut masa sendiri, jangan ikut orang muda, takut tak terkejar.

Pelawangan: Kem terakhir sebelum mula medaki ke puncak pada jam 0100 atau lebih awal.

Siapa saja pun tidak akan melepaskan peluang mengambil gambar sebanyak mungkin bila berada disini, bagi peminat fotografi sudah pasti akan menyesal sekiranya kamera yang dibawanya tidak berfungsi atau kehabisan bateri. Pada waktu malam di ketinggian ini adalah sangat cerah dan sangat lapang memandang ke langit yang penuh dengan bintang, saya percaya astronomy photographer tidak akan mensia siakan peluang ini kerana ianya satu pemandangan yang menakjubkan dari ciptaan yang Maha Esa.

Pemandangan dari Pelawangan Sembalun

Pemandangan Tasik Segara Anak dari Pelawangan

Pendakian seterusnya bermula sebelum tengah malam atau seawal pagi bergantung kepada keadaan, kalau terlalu lewat mungkin tidak sempat sampai ke puncak ketika matahari mula terbit. Keadaan laluan yang dipenuhi tanah halus sebenarnya menyukarkan pergerakan ke puncak gunung tambahan pula cuaca yang sangat sejuk hingga mencengkam perasaan. Harus ada yang berpatah balik kerana tidak mampu meneruskan pendakian. Ketiadaan pokok laluan ke puncak menyebabkan angin langsung terus menyimbah ke badan. Hanya terdapat batu besar sahaja yang boleh dijadikan tempat berlindung sementara.

Proses mendaki tanpa henti dari jam 0030 hingga 0530 bagi 
memastikan tiba dipuncak ketika matahari terbit

Bro Shukur (Jaket Hitam) masih belum mahu mengalah di laluan mendaki yang memang lumayan

Sampai ke puncak, menjadi kepuasan kepada semua yang mendakinya dengan apa tujuan sekali pun. Pemadangan sudah pasti tidak akan dapat dilupakan, adalah lebih baik bawa kamera yang tahan lasak kerana banyak debu debu berterbangan. Debu halus yang bahaya sehingga boleh menyebabkan kamera tidak berkerja.


Pandangan Tasik Segara Anak (kawah gunung berapi) dari Puncak Rinjani 
menghala ke Pulau bali

Laluan turun balik ke Pelawangan Sembalun

Sebaik berada di puncak, menuruni gunung tidaklah sesusah mendaki, cuma perlukan brake kaki yang mantap kerana kelicinan permukaan. Seperti yang diberitahu lebih awal, soal makan memang tip top dan tak perlu risau. 

Walau pun diatas gunung, bapak (logistic group) ini tetap menjalankan tugasnya dengan sempurna, 
pekena Kopi Lombok boleh lena tidur sebelum bergerak turun ke Tasik Segara Anak.

Hari ke 3 : Proses menurun ke Tasik Segara Anak dan bermalam ditepi tasik 
dan menikmati kesejukan tasik dan juga sungai air panas.


Tasik Segara Anak

Mandi air panas yang segar

Hj Din (Nature Photographer) walau telah berusia, tetapi masih gagah mendaki gunung.

Hari ke 4 : Mendaki semula ke Pelawangan Senaru dan seterusnya kembali ke Bandar Mataram untuk aktiviti fotografi yang lain. Berjalan keluar ke pintu masuk dari Senaru,  Taman Nasional dari 0800 hingga 2100. Pada hari ke 5, menghabiskan masa seharian untuk menikmati Lombok memang tidak cukup kerana banyak lokasi yang perlu kita lawati dan sangat menarik. Mungkin dimasa akan datang, berpeluang untuk menjelajah Lombok sekali lagi. Insya allah, mudah mudahan. Wassalam. Mungkin kalau yang berminat, boleh saya aturkan trip pada masa yang akan datang. Segala puji bagi Allah.