Next Trip

Next Travel/Photographing Jawa Tengah 21 Apr -30 Apr 15
Next Mision : Semporna 9 May - 12 May 15
Next Trip to India : 25 Sept - 2 Oct 15

Friday 26 September 2014

TETAMU ALLAH : HAJI 2014

 Sejuta Haji Sejuta Perjalanan

"Kalau Tuan seorang yang Normal, maka Insyaallah. Tuan akan menjalani perjalanan mengerjakan Ibadah Haji ini dengan mudah dan dipermudahkan oleh Allah. Dengan izinnya juga, Tuan juga akan dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat yang dipertontonkan didepan mata sekiranya Tuan seorang berfikir dan memuji-muji kepada kebesaran Allah"

Normal : Mempunyai huraian maksudnya yang tersendiri, Allah sahaja yang mengetahui. Tidak saya huraikan kerana setiap insan mempunyai perjalanannya tersendiri.

Menjadi tetamu Allah menjadi idaman semua orang Islam yang beriman dengan sesungguhnya kepada Allah Maha Esa. Satu panggilan talipon kepada saya, cukup menggetarkan jiwa. Assalam, ada kah saudara telah bersedia untuk menunaikan Haji pada tahun ini, pasti jawapannya Ya Ustaz, saya bersedia. Ok saudara ada masa kurang dari dua minggu untuk membuat persiapan dan tunggu arahan selanjutnya sebelum saudara melapor ke Tabung Haji, Kelana Jaya.

Allah Akbar, masa yang singkat. Sejumlah besar penerbangan Haji (KT) telah pun berlepas ke Jeddah atau pun Madinah. Itu bermakna ini adalah kumpulan2 KT 61 adalah antara yang terakhir dipanggil untuk menunaikan Haji 2014. Kalau ikut daftar Haji yang dibuat sebelum ini, giliran menunaikan Haji ialah pada tahun 2060. Memang tiada kesempatan, rasanya nyawa pun tidak sampai ketahun tersebut. Tetapi Maha Suci Allah yang telah menjemput dan memberikan peluang kepada hambanya untuk menjadi Tetamunya lebih awal. Satu Undangan yang dipenuhi dengan rasa kesyukuran dan keinsafan yang tidak terhingga, disaat ramai orang menanti giliran dan peluang mengerjakan Haji dan ada antaranya terpaksa menanti sekian lama. Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan perasaan hambanya. Perasaan yang bercampur segalanya. Apakah nanti yang bakal diterima atau dihadapi di bumi Mekah yang penuh dengan ujian menguji tahap keimanan hambanya. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba, dia lebih mengetahui segalanya. 

Ini lah perjalanan yang sebenarnya dalam hidup ini sebagai seorang hamba Allah. Sebanyak mana Travel yang telah kita lakukan dan akan dilakukan di dunia ini, perjalanan Haji adalah sesuatu yang sangat istimewa dan sangat bermakna. Setiap insan pasti akan menempuh perjalanannya yang tersendiri sepanjang mereka menunaikan Haji. Berikut ada sebahagian gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa mengerjakan Haji. Tanah Suci Mekah dan Mina.

Lapangan Terbang Jeddah 26 Sept 2014, jam 0730. Dua jam selepas mendarat dan menunggu giliran untuk pemeriksaan imigresan Kerajaan Arab Saudi. Satu penantian yang lama kerana ketibaan para jemaah dari pelbagai negara pada masa yang sama.


Jemaah Haji Malaysia menunggu giliran untuk menaiki Bas ke maktab masing-masing (Hotel) yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Tabung Haji Malaysia. Setiap satu maktab mengandungi +- 3000 orang jemaah. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa lebih kurang dua jam.


Masjidil Haram, Mekah. Para Jemaah Haji menunggu untuk solat waktu


Para Jemaah yang tidak mahu melepaskan peluang mencium Hajratul Aswad dan berdoa di Pintu Al Mutazam. Jemaah Malaysia/Indonesia lebih berdisplin dalam hal ini tidak ikut merempuh, kerana ini adalah perkara sunat. Sekiranya ada peluang. Allah sahaja yang akan mempermudahkan urusan hambanya. Sebagaimana sahabat Haji saya yang dipermudahkan oleh Allah mencium batu ini. Sangat mudah bagi nya. ini lah kekuasaan Allah, sekiranya Allah berkehendak.


Air Zam Zam selain mejadi air minuman, alternatif kepada air wuduk oleh Jemaah di Masjidil Haram. Meninggalkan saf untuk keluar ke bilik air yang berada jauh diluar Masjid tidak menjadi pilihan sukar mendapatkannya saf hadapan semula kerana jumlah bilangan Jemaah yang ramai.


Laluan para Jemaah (Malaysia) dari Hotel Abraj Janadriyah (Ibu Pejabat Tabung Haji) ke Masjidil Haram, pada waktu ini, pembangunan disekeliling Masjidil Haram sedamg giat dilaksanakan bagi kemudahan para jemaah di masa akan datang untuk menampung +- 2 juta jemaah


Kebiasaan Jemaah akan membeli sarapan di gerai/kedai diluar Masjidil Haram pada waktu pagi selepas Solat Subuh. 10 riyal untuk sarapan pagi yang ekonomi.


Beli cincin, popular bagi jemaah. 5 Riyal, halal, halal. Sebaik habis solat waktu, peniaga-peniaga (faham dan bertutur dalam bahasa Melayu) akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari para Jemaah yang sebahagiannya membawa sejumlah wang yang besar. (Adakala tertipu juga)


Menagih simpati dari para Jemaah Haji yang baik hati dan suka bersedeqah kepada siapa sahaja di hadapan mata.


Setiap Jemaah tidak akan melepaskan peluang untuk beribadah pada setiap masa bagi memenuhi aktiviti sepanjang berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah


Jemaah yang melelapkan mata sebentar di dalam Masjidil Haram, mungkin juga berharap dapat mimpi yang baik juga (satu pandangan sahaja)


Hujan di Kota Mekah. Rahmat Allah dimana-mana sahaja. Hujan turun tidak lama, tetapi dinantikan oleh para Jemaah


Masjidil Haram dilihat dari Hotel Abraj Janadriyah pada waktu malam. Jarak hotel ke Masjid adalah +- 700 meter.

Jemaah Haji Malaysia di Mina, bersedia untuk membuat lontaran di Jamarat. Antara pekerjaan Haji yang rukun/wajib dilakukan bagi memenuhi syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.


Keadaan para Jemaah di dalam Terowong Muasem yang membawa jemaah ke tempat melontar di ketiga-tiga Jamarat. Perjalanan ulangalik sejauh 3 ke 4 km.


Terowong Muasem bagi laluan Jemaah Haji dari Asia/Asia Tenggara


Laluan terbuka diantara dua terowong yang bersambung seperti memberikan ruang udara yang lebih baik kepada para Jemaah Haji yang melaluinya.


Melontar di Jamarat, setiap 7 balingan membawa pengertian kepada para Jemaah semasa melakukannya, apakah sebenarnya lontaran itu, bagi jiwa yang berfikir akan menemukan jawapannya dan setiap Jemaah akan menemukan jawapan yang berbeza. Insyaallah.


Para Jemaah Haji Indonesia berdoa selepas melakukan lontaran


Melakukan Ibadah Haji membawa kepada pelbagai kenangan dan terpahat kukuh dalam setiap jiwa yang hadir. Ada diantara Jemaah yang berpeluang datang mengerjakan Ibadah ini lebih dari sekali. Ada yang menjadi Tetamu Allah ini dengan pakej yang mahal, ada yang datang dengan pakej yang murah dan ada yang datang dengan berjalan kaki semata-mata menyahut seruan Haji. Labaikallah.
Datanglah dengan jiwa yang suci dan bersih, semuga Allah menerima Ibadah Haji kita.




Ibadah Haji memberikan kita peluang seumur hidup sekiranya berkesempatan untuk menyucikan Hati membersihkan rohani dan pada saat kembalinya  kepada Allah dengan Jiwa yang tenang. Sekian saya sudahi penulisan dan gambar untuk kali ini. Terima kasih.







Saturday 30 August 2014

Kapas Island, Terengganu A Trip With ASFON Perak

Organized activities by ASFON Perak on 30, 31 August - 1 September 14. Accompanied 25 members and led by En Hj Abdul Razak (President). (Photography Association). The purposed of this trip is to enhanced a photography skills and knowledge.

Photomerge of Kapas Island

Members of ASFON Perak at location for Sunset


Scene captured by members

Teaching and Guiding

Looking for another angle of the Island

Be a professional 

Photomerge at back side of the Island so called Batu Berakit

Members dare to explore

Search for a new location


Photomerge of right flank of the Island

Time to say goodbye and see you again

I shall return











Sunday 24 August 2014

TRAVEL IN FLORES

Mt Inaria, Bajawa

Bajawa Menuju Ke Labohan Bajo Melalui Ruteng Part 4

Hawa di Bajawa masih terasa sejuk di waktu pagi membawa ke tengahari, perjalanan diteruskan ke Labohan Bajo, bagaimana pun akan singgah juga di Ruteng untuk melihat spider paddy field. Perjalanan seperti biasa akan menjangkau hingga ke malam hari, waktu tiba di Ruteng pun hari sudah hampir gelap tapi masih boleh melihat dengan jelas petak petak sawah seperti sarang labah. Termasuk kami, ramai juga pengembara dari Eropah yang juga singgah untuk melihat hal yang sama. Biasanya di mana pun lokasi atau tempat menarik yang dipanggil Wisata oleh orang tempatan mempunyai penjaganya, samada dikenakan bayaran masuk atau sumbangan untuk kos rawatannya (senggaraan). 

Masjid Agung, Baitur Rahman Bajawa

Celebrating 17 August 1945

Boys and girls in the morning light to school

Kampung Wisata Bena

Sub Terminal Aimere

Passenger Transportation

Black Beach Aimere

Sawah spider, Desa Cancar

Sampai di Labohan Bajo hari sudah gelap, tidak ada apa yang boleh dilihat melainkan cahaya dari pelabuhan dan pekan kecil Labohan Bajo. Esuknya kita akan ke Kepulauan Rinca/Komodo untuk melihat keindahan perairan dan binatang Komodo yang hanya terdapat di Indonesia sahaja khasnya kedua-dua pulau ini.


Wednesday 20 August 2014

TRAVEL IN FLORES



ENDE KE BAJAWA Part 3

Perjalanan dari Ende ke Bajawa menghidangkan pemandangan sepanjang perjalanan yang lebih menarik. Pada perkiraan saya dan kawan-kawan, laluan Ende - Bajawa ini perlu 3 atau 4 hari untuk kerja kerja fotografi. Perlu kembali ke sini untuk menikmati scenery yang hebat. Cuaca yang sangat baik memberikan pencahayaan yang sangat ditunggukan. Laluan tidak banyak berubah tetapi jalan rayanya adalah lebih baik sekiranya dibandingkan sebelum ini.

Part of coastal road to Bajawa


Population area along coastal road

 Collecting stone by local for sale

Colouring stone

Mt Abel still active



As normal we cannot cover many attractive place, because of the darkness. Hope one day, we will comeback again. We arrived Bajawa at 2230. Looking a place for dinner and get a hotel to stop for the night.