Next Trip

Next Travel/Photographing Jawa Tengah 21 Apr -30 Apr 15
Next Mision : Semporna 9 May - 12 May 15
Next Trip to India : 25 Sept - 2 Oct 15

Friday 6 February 2015

My Trip in Kunming, Yunnan, China


Pertama kali menjejak kaki di negeri China, sebelum ini semasa dibangku sekolah kita hanya belajar negara China secara am sahaja. Trip ini pada 6 Feb hingga 11 Feb, Rancangan diatur seawal pertengahan tahun 2014. Ikut dua orang kawan saya yang sudah biasa ke negara China terutamanya di Guanzhou, dah banyak kali katanya. Apa yang menariknya di Kunming, rasanya tidak ada kalau dilihat sekali imbas. Kunmig adalah antara bandaraya yang terbesar di China, saya lihat dari udara satu kawasan bandaraya yang sangat luas dan bersambung sambung. Kunming sebuah tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan darat ke destinasi/lokasi menarik/pelancungan yang berada di luar Kunming. Purata mengambil masa 3 hingga 4 jam untuk sampai ke destinasi seperti Stone Forest, Beautiful Garden dengan menyewa kereta pada kadar 500 hingga 600 Yuan sehari. China mempunyai rangkaian lebuhraya yang baik, pada dasarnya tidak ada masalah besar sistem jalanraya di China. 

Pada mulanya adalah sangat sukar bagi pelawat luar yang datang ke Kunming untuk mendapatkan sebarang maklumat yang diperlukan, arah jalan, lokasi dan sebagainya, ini adalah kerana semua maklumat/informasi dalam bahasa China (pening kepala juga), rata-ratanya tidak boleh berbahasa inggeris, ada juga penduduknya (golongan muda) yang cuba membantu dengan boleh bercakap dalam bahasa inggeris sikit sikit (itu pun tidak berapa nak faham juga). Mungkin dalam jangka masa 10 tahun dengan dasar buka pintu China akan membolehkan rakyatnya berbahasa inggeris melalui pergaulan dengan jumlah pelawat yang akan dan bakal masuk ke Kunming.

Seperti Ayam bercakap dengan Itik, begitulah halnya, akhirnya menggunakan bahasa isyarat atau pun menunjukkan gambar sebagai alternatif yang terbaik untuk tujuan survival. Seeluknya mengambil inisiatif untuk belajar satu dua perkataan dalam bahasa China sebelum menjejak kaki ke Kunming. Soal makan, tiadalah masalah sangat, banyak kedai yang dikendalikan oleh orang Islam. Kedai-kedai orang Islam mempunyai papan tanda atau tulisa berwarna hijau ataupun terdapat nama Allah dan Muhammad ataupun ucapan dua kalimah syahadah. Di Kunming terdapat beberapa buah Masjid di dalam kawasan bandar, bangunan Masjid bercantum dengan bangunan lain tetapi kita masih boleh nampak kubah diatasnya sebagai panduan. Terdapat perniagaan makanan oleh orang Islam di sekitar masjid.


Teksi dari Kunming Airport ke Bandaraya Kunming mengambil masa 45 minit dengan kadar bayar 80 Yuan. Pemandu Teksi wanita terpaksa diterangkan dengan jelas ke lokasi yang dituju. Seperti biasa setiap soalan akan dijawab dalam bahasa ibundanya.


Cara memesan makanan dengan lebih berkesan dan mudah difahami, pekedai akan menghidangkan sepinggan makanan yang dipesan dalam jumlah yang boleh dimakan oleh dua orang. Boleh jimat duit dengan berkongsi makanan, kerana sukar nak menghabiskannya.


Sarapan pagi dengan teh hijau dalam perjalanan ke Beautiful Garden. Semua menunya berasaskan air sahaja (sup)


Makan sup panas menyegarkan badan terutama terpaksa menghadapi cuaca sejuk di Kunming pada siangnya 16 Deg Celcius dan malamnya dibawah 12 Deg Celcius


Public transport yang sangat efektif antara lokasi memudahkan perjalanan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Dongfeng Square, keretapi bawah tanah.


Pengangkutan awam, Bas dengan bayaran 1 Yuan saja untuk satu lingkaran penuh laluan yang ditetapkan dalam bandar Kunming.


Semua motor menggunakan kuasa bateri dan sangat popular, tidak akan terjumpa motosikal yang menggunakan minyak kecuali di daerah pendalaman yang bergunung ganang.


Sebuah Masjid di Bandaraya Kunming, terletak dikawasan perniagaan dan sibuk dengan aktiviti kemanusiaan.


Antara aktiviti pengunjung Dataran Kunming, memancing ikan


Jurubahasa diperlukan untuk mendapat sesuatu maklumat bilamana yang tua tidak berupaya menerangkannya, manakala yang muda juga menghadapi kesukaran untuk faham soalan yang diajukan, Allah Maha Kaya mengaturkan kehidupan ini, setiap yang berlainan ada jalan penyelesaiannya, tambahan pula sesama Islam yang secara lansung disatukan dengan perkataan Assalamualaikum

KE BEAUTIFUL GARDEN, RED LAND

R & R di lebuhraya singgah makan ubi keledek dan kacang laluan ke kawasan pendalaman

Ubi yang dicecah dengan pelbagai rasa diatas meja

Minum teh hijau, pilihan yang ada di gerai R & R

Cara mudah menghancurkan jerami untuk tujuan lain selain menggunakan kuda untuk melakukannya, setiap kenderaan yang lalu akan membantu melakukannya.


Desa di pendalaman bergantung kepada pertanian dengan keluasan kawasan bertani yang besar dan 
luas.

Hadir sebelum musim, keindahan Beautiful Garden tidak dapat dilihat kerana baru musim penanaman semula, harus kembali kesini pada bulan Apr/May/Jun untuk melihat keajaibanya. Perjalanan dari Kunming mengambil masa 4 jam. Hasilnya sila datang semula.




Proses melumatkan Jerami, Red Land



Kemudahan surau di Airport Kunming Level 2, asalanya untuk Jemaah Haji dari Yunnan yang turun/naik dari lapangan terbang Kunming


4 adik beradik yang juga travel backpack
di Kunming tiba dua hari lebih awal dan travel dengan bas ke lokasi 
yang menarik di sekitar dalam dan luar Kunming



Selain daripada Beautiful Garden yang menjadi lokasi utama untuk tujuan Fotografi, beberapa lokasi  seperti Stone Forest, Western Hills, Jiu Xiang. Bagaimana pun gambar-gambar tidak di upload kan di post ini.




Sunset dari ketinggian +- 30000 kaki. Saat kembali ke Kuala Lumpur, 
segala puji bagi Allah, tuhan seru sekelian alam.


Terima kasih kepada Vicky, seorang pengajar di pusat pengajian tinggi Kunming dalam jurusan bahasa, beliau fasih berbahasa Indonesia dan pernah belajar selama beberapa tahun disana. Vicky yang ditemui dalam penerbangan yang sama ke Kunming akhir menjadi talian hayat sepanjang berada di Kunming, beliau dan suami membantu dengan baik, sesuatu yang tidak dijangkakan. 





Friday 26 September 2014

TETAMU ALLAH : HAJI 2014

 Sejuta Haji Sejuta Perjalanan

"Kalau Tuan seorang yang Normal, maka Insyaallah. Tuan akan menjalani perjalanan mengerjakan Ibadah Haji ini dengan mudah dan dipermudahkan oleh Allah. Dengan izinnya juga, Tuan juga akan dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat yang dipertontonkan didepan mata sekiranya Tuan seorang berfikir dan memuji-muji kepada kebesaran Allah"

Normal : Mempunyai huraian maksudnya yang tersendiri, Allah sahaja yang mengetahui. Tidak saya huraikan kerana setiap insan mempunyai perjalanannya tersendiri.

Menjadi tetamu Allah menjadi idaman semua orang Islam yang beriman dengan sesungguhnya kepada Allah Maha Esa. Satu panggilan talipon kepada saya, cukup menggetarkan jiwa. Assalam, ada kah saudara telah bersedia untuk menunaikan Haji pada tahun ini, pasti jawapannya Ya Ustaz, saya bersedia. Ok saudara ada masa kurang dari dua minggu untuk membuat persiapan dan tunggu arahan selanjutnya sebelum saudara melapor ke Tabung Haji, Kelana Jaya.

Allah Akbar, masa yang singkat. Sejumlah besar penerbangan Haji (KT) telah pun berlepas ke Jeddah atau pun Madinah. Itu bermakna ini adalah kumpulan2 KT 61 adalah antara yang terakhir dipanggil untuk menunaikan Haji 2014. Kalau ikut daftar Haji yang dibuat sebelum ini, giliran menunaikan Haji ialah pada tahun 2060. Memang tiada kesempatan, rasanya nyawa pun tidak sampai ketahun tersebut. Tetapi Maha Suci Allah yang telah menjemput dan memberikan peluang kepada hambanya untuk menjadi Tetamunya lebih awal. Satu Undangan yang dipenuhi dengan rasa kesyukuran dan keinsafan yang tidak terhingga, disaat ramai orang menanti giliran dan peluang mengerjakan Haji dan ada antaranya terpaksa menanti sekian lama. Allah sahaja yang Maha Mengetahui akan perasaan hambanya. Perasaan yang bercampur segalanya. Apakah nanti yang bakal diterima atau dihadapi di bumi Mekah yang penuh dengan ujian menguji tahap keimanan hambanya. Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang kepada hamba, dia lebih mengetahui segalanya. 

Ini lah perjalanan yang sebenarnya dalam hidup ini sebagai seorang hamba Allah. Sebanyak mana Travel yang telah kita lakukan dan akan dilakukan di dunia ini, perjalanan Haji adalah sesuatu yang sangat istimewa dan sangat bermakna. Setiap insan pasti akan menempuh perjalanannya yang tersendiri sepanjang mereka menunaikan Haji. Berikut ada sebahagian gambar-gambar yang sempat saya rakamkan semasa mengerjakan Haji. Tanah Suci Mekah dan Mina.

Lapangan Terbang Jeddah 26 Sept 2014, jam 0730. Dua jam selepas mendarat dan menunggu giliran untuk pemeriksaan imigresan Kerajaan Arab Saudi. Satu penantian yang lama kerana ketibaan para jemaah dari pelbagai negara pada masa yang sama.


Jemaah Haji Malaysia menunggu giliran untuk menaiki Bas ke maktab masing-masing (Hotel) yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Tabung Haji Malaysia. Setiap satu maktab mengandungi +- 3000 orang jemaah. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa lebih kurang dua jam.


Masjidil Haram, Mekah. Para Jemaah Haji menunggu untuk solat waktu


Para Jemaah yang tidak mahu melepaskan peluang mencium Hajratul Aswad dan berdoa di Pintu Al Mutazam. Jemaah Malaysia/Indonesia lebih berdisplin dalam hal ini tidak ikut merempuh, kerana ini adalah perkara sunat. Sekiranya ada peluang. Allah sahaja yang akan mempermudahkan urusan hambanya. Sebagaimana sahabat Haji saya yang dipermudahkan oleh Allah mencium batu ini. Sangat mudah bagi nya. ini lah kekuasaan Allah, sekiranya Allah berkehendak.


Air Zam Zam selain mejadi air minuman, alternatif kepada air wuduk oleh Jemaah di Masjidil Haram. Meninggalkan saf untuk keluar ke bilik air yang berada jauh diluar Masjid tidak menjadi pilihan sukar mendapatkannya saf hadapan semula kerana jumlah bilangan Jemaah yang ramai.


Laluan para Jemaah (Malaysia) dari Hotel Abraj Janadriyah (Ibu Pejabat Tabung Haji) ke Masjidil Haram, pada waktu ini, pembangunan disekeliling Masjidil Haram sedamg giat dilaksanakan bagi kemudahan para jemaah di masa akan datang untuk menampung +- 2 juta jemaah


Kebiasaan Jemaah akan membeli sarapan di gerai/kedai diluar Masjidil Haram pada waktu pagi selepas Solat Subuh. 10 riyal untuk sarapan pagi yang ekonomi.


Beli cincin, popular bagi jemaah. 5 Riyal, halal, halal. Sebaik habis solat waktu, peniaga-peniaga (faham dan bertutur dalam bahasa Melayu) akan mengambil kesempatan mengaut keuntungan dari para Jemaah yang sebahagiannya membawa sejumlah wang yang besar. (Adakala tertipu juga)


Menagih simpati dari para Jemaah Haji yang baik hati dan suka bersedeqah kepada siapa sahaja di hadapan mata.


Setiap Jemaah tidak akan melepaskan peluang untuk beribadah pada setiap masa bagi memenuhi aktiviti sepanjang berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah


Jemaah yang melelapkan mata sebentar di dalam Masjidil Haram, mungkin juga berharap dapat mimpi yang baik juga (satu pandangan sahaja)


Hujan di Kota Mekah. Rahmat Allah dimana-mana sahaja. Hujan turun tidak lama, tetapi dinantikan oleh para Jemaah


Masjidil Haram dilihat dari Hotel Abraj Janadriyah pada waktu malam. Jarak hotel ke Masjid adalah +- 700 meter.

Jemaah Haji Malaysia di Mina, bersedia untuk membuat lontaran di Jamarat. Antara pekerjaan Haji yang rukun/wajib dilakukan bagi memenuhi syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.


Keadaan para Jemaah di dalam Terowong Muasem yang membawa jemaah ke tempat melontar di ketiga-tiga Jamarat. Perjalanan ulangalik sejauh 3 ke 4 km.


Terowong Muasem bagi laluan Jemaah Haji dari Asia/Asia Tenggara


Laluan terbuka diantara dua terowong yang bersambung seperti memberikan ruang udara yang lebih baik kepada para Jemaah Haji yang melaluinya.


Melontar di Jamarat, setiap 7 balingan membawa pengertian kepada para Jemaah semasa melakukannya, apakah sebenarnya lontaran itu, bagi jiwa yang berfikir akan menemukan jawapannya dan setiap Jemaah akan menemukan jawapan yang berbeza. Insyaallah.


Para Jemaah Haji Indonesia berdoa selepas melakukan lontaran


Melakukan Ibadah Haji membawa kepada pelbagai kenangan dan terpahat kukuh dalam setiap jiwa yang hadir. Ada diantara Jemaah yang berpeluang datang mengerjakan Ibadah ini lebih dari sekali. Ada yang menjadi Tetamu Allah ini dengan pakej yang mahal, ada yang datang dengan pakej yang murah dan ada yang datang dengan berjalan kaki semata-mata menyahut seruan Haji. Labaikallah.
Datanglah dengan jiwa yang suci dan bersih, semuga Allah menerima Ibadah Haji kita.




Ibadah Haji memberikan kita peluang seumur hidup sekiranya berkesempatan untuk menyucikan Hati membersihkan rohani dan pada saat kembalinya  kepada Allah dengan Jiwa yang tenang. Sekian saya sudahi penulisan dan gambar untuk kali ini. Terima kasih.







Saturday 30 August 2014

Kapas Island, Terengganu A Trip With ASFON Perak

Organized activities by ASFON Perak on 30, 31 August - 1 September 14. Accompanied 25 members and led by En Hj Abdul Razak (President). (Photography Association). The purposed of this trip is to enhanced a photography skills and knowledge.

Photomerge of Kapas Island

Members of ASFON Perak at location for Sunset


Scene captured by members

Teaching and Guiding

Looking for another angle of the Island

Be a professional 

Photomerge at back side of the Island so called Batu Berakit

Members dare to explore

Search for a new location


Photomerge of right flank of the Island

Time to say goodbye and see you again

I shall return