Next Trip

Next Travel/Photographing Jawa Tengah 21 Apr -30 Apr 15
Next Mision : Semporna 9 May - 12 May 15
Next Trip to India : 25 Sept - 2 Oct 15

Saturday, 30 August 2014

Kapas Island, Terengganu A Trip With ASFON Perak

Organized activities by ASFON Perak on 30, 31 August - 1 September 14. Accompanied 25 members and led by En Hj Abdul Razak (President). (Photography Association). The purposed of this trip is to enhanced a photography skills and knowledge.

Photomerge of Kapas Island

Members of ASFON Perak at location for Sunset


Scene captured by members

Teaching and Guiding

Looking for another angle of the Island

Be a professional 

Photomerge at back side of the Island so called Batu Berakit

Members dare to explore

Search for a new location


Photomerge of right flank of the Island

Time to say goodbye and see you again

I shall return











Sunday, 24 August 2014

TRAVEL IN FLORES

Mt Inaria, Bajawa

Bajawa Menuju Ke Labohan Bajo Melalui Ruteng Part 4

Hawa di Bajawa masih terasa sejuk di waktu pagi membawa ke tengahari, perjalanan diteruskan ke Labohan Bajo, bagaimana pun akan singgah juga di Ruteng untuk melihat spider paddy field. Perjalanan seperti biasa akan menjangkau hingga ke malam hari, waktu tiba di Ruteng pun hari sudah hampir gelap tapi masih boleh melihat dengan jelas petak petak sawah seperti sarang labah. Termasuk kami, ramai juga pengembara dari Eropah yang juga singgah untuk melihat hal yang sama. Biasanya di mana pun lokasi atau tempat menarik yang dipanggil Wisata oleh orang tempatan mempunyai penjaganya, samada dikenakan bayaran masuk atau sumbangan untuk kos rawatannya (senggaraan). 

Masjid Agung, Baitur Rahman Bajawa

Celebrating 17 August 1945

Boys and girls in the morning light to school

Kampung Wisata Bena

Sub Terminal Aimere

Passenger Transportation

Black Beach Aimere

Sawah spider, Desa Cancar

Sampai di Labohan Bajo hari sudah gelap, tidak ada apa yang boleh dilihat melainkan cahaya dari pelabuhan dan pekan kecil Labohan Bajo. Esuknya kita akan ke Kepulauan Rinca/Komodo untuk melihat keindahan perairan dan binatang Komodo yang hanya terdapat di Indonesia sahaja khasnya kedua-dua pulau ini.


Wednesday, 20 August 2014

TRAVEL IN FLORES



ENDE KE BAJAWA Part 3

Perjalanan dari Ende ke Bajawa menghidangkan pemandangan sepanjang perjalanan yang lebih menarik. Pada perkiraan saya dan kawan-kawan, laluan Ende - Bajawa ini perlu 3 atau 4 hari untuk kerja kerja fotografi. Perlu kembali ke sini untuk menikmati scenery yang hebat. Cuaca yang sangat baik memberikan pencahayaan yang sangat ditunggukan. Laluan tidak banyak berubah tetapi jalan rayanya adalah lebih baik sekiranya dibandingkan sebelum ini.

Part of coastal road to Bajawa


Population area along coastal road

 Collecting stone by local for sale

Colouring stone

Mt Abel still active



As normal we cannot cover many attractive place, because of the darkness. Hope one day, we will comeback again. We arrived Bajawa at 2230. Looking a place for dinner and get a hotel to stop for the night. 




Sunday, 17 August 2014


TRAVEL IN FLORES


DESA MONI KE ENDE PART 2

Sebaik meninggalkan Desa Moni/Mt Kelimutu, perjalanan diteruskan ke Ende yang akan mengambil masa 3 jam lagi. Jalan raya dibina oleh Belanda, kata kawan saya Ebenks Jr. Banyak rumah yang didirikan ditepi jalan yang agak sempit. Rangkaian jalan raya ini berbeluk dan berselekoh tajam di kawasan tanah tinggi dan gunung. Purata ketinggian jalan 3000 kaki dari paras laut. Bagi pemandu yang sudah biasa, tidak menjadi masalah.


Moving uphill and downhill , just like a roller coaster but this one has no reel. One thing for sure…you can enjoy the scenery that very much beautiful. From one place to another town distance about 100-150 km, it will take more 3 hours to reach. You need to plan and manage the time accordingly.

Road under construction (land slide)



Connecting road in Flores

Available transportation

Fruits & Vegetables along the road side

Ende, sebuah bandar sebelum ke Bajawa yang perlu dilalui oleh semua kenderaan yang ingin meneruskan perjalanan ke Labuhan Bajo. Situs Rumah Pengasingan Bung Karno terletak disini. Pengunjung biasanya tidak akan melepaskan peluang untuk melawati  rumah ini yang menyimpan barangan yang digunakan oleh beliau semasa hayatnya. Terdapat banyak koleksi yang menarik yang boleh dilihat dan dihayati.

Rumah Pengasingan Bung Karno di Ende





Saturday, 16 August 2014

TRAVEL IN FLORES INDONESIA



MAUMERE KE DESA MONI UNTUK GUNUNG KELIMUTU Part 1

Menjejaki kaki di bumi Flores memang telah lama dirancangkan, sekali lagi saya bersama rakan travel saya Hj Din dan di temani oleh Ebenks Jr mendarat jam 1600 di Bandara Frans Seda Maumere (Lapangan Terbang). Berlepas dari Bali mengambil masa 3 jam untuk sampai. Ada banyak laluan yang boleh digunakan untuk sampai ke Nusa Tenggara Timut dan Barat. Memandang masa travel kali ini ada 10 hari, beberapa langkah telah disusun semula semasa di dalam perjalanan bagi mencukupkan masa yang ada. Sebenarnya masa 10 hari tidak mencukupi dengan apa yang ada di bumi Flores yang semuanya milik tuhan. I Shall return, may be yes… to cover back the area of interest. So many places that I supposed to mount my tripod and yet I didn’t bring it.

Maumere ke Desa Moni, well according to the driver, 3 jam bisa sampai. All right, agreed I said. We were moving in the dark, so we never have a chance to see the view. Normally the trips can be more than 3 hours, always have to stop when we were spotted a location for photography. (only happened in day time).


Sampai di Desa Moni jam 2330 dan bermalam di Watugana Bungalow sambil menanti waktu jam 0400 untuk bergerak ke Mt Kelimutu untuk menyaksikan sunrise dan melihat sendiri 3 tasik yang mempunyai warna berlainan. Terdapat banyak hotel kecil atau pun rumah tumpangan bagi menampung kehadiran pelancong asing. 

Waiting for sunrise



A local selling coffee on the top of observation point 
(bisa mengopi dulu aje pak)
More or less 270 steps to summit, so easy

Two colours lake can be observed as close as you can


Pandangan sangat baik dengan cuaca yang memberangsangkan untuk tujuan fotografi, kita melihat bagaimana tuhan mencipta alam ini dengan penuh teliti dan sangat menakjubkan. Seharusnya kita sentiasa memikirkan mengapa tuhan menjadikan semua ini, bukan sekadar untuk dilihat tetapi ianya adalah lebih jauh dari itu.

Entrance to Mt Kelimutu
Dari pintu masuk Taman Nasional ini mengambil masa mendaki dengan kenderaan lebih kuran 20 minit ke tempat parkir kenderaan. Berjalan kaki ke puncak Gunung Kelimutu mengambil masa 15 minit ke titik pemerhati. Keadaan suhu yang sangat sejuk (eluk pakai jaket dan tutup kepala) dan beransur panas tetapi dingin selepas matahari mula bersinar. Semua pelawat sudah pastinya melapor di pintu masuk. 






Monday, 14 July 2014

Sabah Railway : Perkhidmatan Keretapi Penumpang 

Salam sejahtera, ada banyak perkara di negeri Sabah yang boleh kita bawa ketengah sebagai  tarikan untuk menambahkan pengalaman. Sabah mempunyai perkhidmatan keretapi nya yang tersendiri. Pertama kali saya menaiki keretapi ini ialah pada tahun 2000 ketika saya bertugas di negeri ini. Berbanding tahun2 kebelakangan, perkhidmatannya bertambah baik dengan penambahbaikan  yang masih dibangunkan oleh kerajaan negeri. Saya nak pamerkan gambar-gambar sepanjang perjalanan dari Stesen Beaufort ke Stesen Tenom (pendalaman). Kita boleh mula menaiki keretapi dari stesyen Tanjung Aru di Kota Kinbalu, perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit untuk sampai ke Pekan Beaufort. Tren akan bergerak seawal jam 0730 dan sampai dalam jam 1000. Pertukaran keretapi akan dilakukan disini. Jadual ke Tenom pada jam 1300. (Eluk bersiar-siar dahulu di Pekan Beaufort).

Perjalanan : Beaufort - Saliwangan - Halogilat - Rayoh - Pangie - Tenom (Sejauh 49 km, Tambang RM 3)

Pekan Beaufort, deretan bangunan lama yang masih ada  mengekalkan
 identiti pekan-pekan di negeri ini.

Tren yang membawa penumpang ke Tenom memasuki perhentian, biasanya ada dua atau tiga gerabak penumpang dan satu gerabak barang. Pengalaman yang sangat menarik, tiada tempat duduk yang empok dan pendingin udara disediakan, semuanya yang asli. Mungkin terbayang cerita dalam filem klasik.

Gerabak mula dipenuhi penumpang yang nak balik ke kampung masing-masing.

Bilamana gerabak penumpang penuh sesak, gerabak barang akan menjadi pilihan terbaik, berkumpul dalam satu keluarga atau sekampung.


Keadaan hujan yang terpaksa ditempuh oleh penumpang bila sampai ke tempat dituju. Tiada pilihan lain melainkan turun dengan basah kuyup.

Pertukaran keretapi di Stesen Halogilat, stesen pertengahan.

Selepas dari stesen Halogilat kita akan mendapati laluan keretapi seiring dengan Sungai Padas, pemandangan menjadi lebih cantik dengan ujudnya dua gabungan unsur ini.

 Sungai Padas menemani sepanjang laluan ke Tenom

Laluan yang sedang dibaiki bagi menjamin perkhidmatan dapat berjalan lancar dengan keselamatan penumpang diambil kira.

Sungai Padas bagi penggemar water rafting

Bahagian kokpit pemandu, landasan bagi laluan sebelah sini tidak berapa menyenangkan tetapi sangat menyeronokan dengan pemandu yang berpengalaman

Berhenti di stesen sambil menikmati pemandangan alam di pendalaman

Memunggah barang dan peralatan water rafting kembali ke tempat permulaan sebaik selesai misi menyusuri laluan yang disediakan.



 Melalui potongan bukit batu yang sempit dengan keadaan enjin yang bergoyang kekiri dan kekanan mengikut alunan rel

Satu-satunya terowong yang ada disepanjang perjalanan sebelum menghampiri Pekan Tenom

Tren akhirnya menghampiri Stesen Tenom, merupakan destinasi terakhir perjalanan, untuk menaiki keretapi ini kembali semula ke Beaufort adalah pada keesukan harinya jam 0700. Alternatif lain ialah dengan menaiki bas ekpress seawal pagi berikutnya kembali terus ke Kota Kinabalu. Bermalam di Pekan Tenom sambil menikmati kopinya mungkin menjadi kenangan yang baik disamping goreng pisang yang murah di kedai kopi berhadapan dengan stesen.

Pekan Tenom daerah pergunungan yang tenang, terdapat lokasi pelancungan yang boleh dikunjungi oleh pelancung yang bertandang di sini. Selamat mencuba perkhidmatan ini. Salam.