Pertama kali menjejak kaki di negeri China, sebelum ini semasa dibangku sekolah kita hanya belajar negara China secara am sahaja. Trip ini pada 6 Feb hingga 11 Feb, Rancangan diatur seawal pertengahan tahun 2014. Ikut dua orang kawan saya yang sudah biasa ke negara China terutamanya di Guanzhou, dah banyak kali katanya. Apa yang menariknya di Kunming, rasanya tidak ada kalau dilihat sekali imbas. Kunmig adalah antara bandaraya yang terbesar di China, saya lihat dari udara satu kawasan bandaraya yang sangat luas dan bersambung sambung. Kunming sebuah tempat persinggahan sebelum meneruskan perjalanan darat ke destinasi/lokasi menarik/pelancungan yang berada di luar Kunming. Purata mengambil masa 3 hingga 4 jam untuk sampai ke destinasi seperti Stone Forest, Beautiful Garden dengan menyewa kereta pada kadar 500 hingga 600 Yuan sehari. China mempunyai rangkaian lebuhraya yang baik, pada dasarnya tidak ada masalah besar sistem jalanraya di China.
Pada mulanya adalah sangat sukar bagi pelawat luar yang datang ke Kunming untuk mendapatkan sebarang maklumat yang diperlukan, arah jalan, lokasi dan sebagainya, ini adalah kerana semua maklumat/informasi dalam bahasa China (pening kepala juga), rata-ratanya tidak boleh berbahasa inggeris, ada juga penduduknya (golongan muda) yang cuba membantu dengan boleh bercakap dalam bahasa inggeris sikit sikit (itu pun tidak berapa nak faham juga). Mungkin dalam jangka masa 10 tahun dengan dasar buka pintu China akan membolehkan rakyatnya berbahasa inggeris melalui pergaulan dengan jumlah pelawat yang akan dan bakal masuk ke Kunming.
Seperti Ayam bercakap dengan Itik, begitulah halnya, akhirnya menggunakan bahasa isyarat atau pun menunjukkan gambar sebagai alternatif yang terbaik untuk tujuan survival. Seeluknya mengambil inisiatif untuk belajar satu dua perkataan dalam bahasa China sebelum menjejak kaki ke Kunming. Soal makan, tiadalah masalah sangat, banyak kedai yang dikendalikan oleh orang Islam. Kedai-kedai orang Islam mempunyai papan tanda atau tulisa berwarna hijau ataupun terdapat nama Allah dan Muhammad ataupun ucapan dua kalimah syahadah. Di Kunming terdapat beberapa buah Masjid di dalam kawasan bandar, bangunan Masjid bercantum dengan bangunan lain tetapi kita masih boleh nampak kubah diatasnya sebagai panduan. Terdapat perniagaan makanan oleh orang Islam di sekitar masjid.
Teksi dari Kunming Airport ke Bandaraya Kunming mengambil masa 45 minit dengan kadar bayar 80 Yuan. Pemandu Teksi wanita terpaksa diterangkan dengan jelas ke lokasi yang dituju. Seperti biasa setiap soalan akan dijawab dalam bahasa ibundanya.
Cara memesan makanan dengan lebih berkesan dan mudah difahami, pekedai akan menghidangkan sepinggan makanan yang dipesan dalam jumlah yang boleh dimakan oleh dua orang. Boleh jimat duit dengan berkongsi makanan, kerana sukar nak menghabiskannya.
Sarapan pagi dengan teh hijau dalam perjalanan ke Beautiful Garden. Semua menunya berasaskan air sahaja (sup)
Makan sup panas menyegarkan badan terutama terpaksa menghadapi cuaca sejuk di Kunming pada siangnya 16 Deg Celcius dan malamnya dibawah 12 Deg Celcius
Public transport yang sangat efektif antara lokasi memudahkan perjalanan dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Dongfeng Square, keretapi bawah tanah.
Pengangkutan awam, Bas dengan bayaran 1 Yuan saja untuk satu lingkaran penuh laluan yang ditetapkan dalam bandar Kunming.
Semua motor menggunakan kuasa bateri dan sangat popular, tidak akan terjumpa motosikal yang menggunakan minyak kecuali di daerah pendalaman yang bergunung ganang.
Sebuah Masjid di Bandaraya Kunming, terletak dikawasan perniagaan dan sibuk dengan aktiviti kemanusiaan.
Antara aktiviti pengunjung Dataran Kunming, memancing ikan
Jurubahasa diperlukan untuk mendapat sesuatu maklumat bilamana yang tua tidak berupaya menerangkannya, manakala yang muda juga menghadapi kesukaran untuk faham soalan yang diajukan, Allah Maha Kaya mengaturkan kehidupan ini, setiap yang berlainan ada jalan penyelesaiannya, tambahan pula sesama Islam yang secara lansung disatukan dengan perkataan Assalamualaikum
KE BEAUTIFUL GARDEN, RED LAND
R & R di lebuhraya singgah makan ubi keledek dan kacang laluan ke kawasan pendalaman
Ubi yang dicecah dengan pelbagai rasa diatas meja
Minum teh hijau, pilihan yang ada di gerai R & R
Cara mudah menghancurkan jerami untuk tujuan lain selain menggunakan kuda untuk melakukannya, setiap kenderaan yang lalu akan membantu melakukannya.
Desa di pendalaman bergantung kepada pertanian dengan keluasan kawasan bertani yang besar dan
luas.
Hadir sebelum musim, keindahan Beautiful Garden tidak dapat dilihat kerana baru musim penanaman semula, harus kembali kesini pada bulan Apr/May/Jun untuk melihat keajaibanya. Perjalanan dari Kunming mengambil masa 4 jam. Hasilnya sila datang semula.
Proses melumatkan Jerami, Red Land
Kemudahan surau di Airport Kunming Level 2, asalanya untuk Jemaah Haji dari Yunnan yang turun/naik dari lapangan terbang Kunming
4 adik beradik yang juga travel backpack
di Kunming tiba dua hari lebih awal dan travel dengan bas ke lokasi
yang menarik di sekitar dalam dan luar Kunming
Selain daripada Beautiful Garden yang menjadi lokasi utama untuk tujuan Fotografi, beberapa lokasi seperti Stone Forest, Western Hills, Jiu Xiang. Bagaimana pun gambar-gambar tidak di upload kan di post ini.
Sunset dari ketinggian +- 30000 kaki. Saat kembali ke Kuala Lumpur,
segala puji bagi Allah, tuhan seru sekelian alam.
Terima kasih kepada Vicky, seorang pengajar di pusat pengajian tinggi Kunming dalam jurusan bahasa, beliau fasih berbahasa Indonesia dan pernah belajar selama beberapa tahun disana. Vicky yang ditemui dalam penerbangan yang sama ke Kunming akhir menjadi talian hayat sepanjang berada di Kunming, beliau dan suami membantu dengan baik, sesuatu yang tidak dijangkakan.